Article

TANTRUM Dikalangan Kanak-Kanak

a

admin

5 years ago 3 min read
3 views
NORMAL TETAPI MENCABAR

Boleh berlaku dalam bentuk kemarahan ,kekecewaan ,menangis ,menendang ,memecahkan barang serta berkelakuan ganas serta menahan nafas .

Lingkungan umur 2 tahun lebih atau kurang ,kanak-kanak ini akan menguji kesabaran ibubapa,penjaga mereka dengan sifat yang ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Sedangkan pada masa ini ibu bapa atau penjaga akan menghadkan pergerakkan untuk keselamatannya.

Jika ini terjadi mereka akan berasa kecewa dan mula menunjukkan kekecewaan mereka dengan menangis ,memukul dan menjerit.Kanak-kanak akan berhenti bila mendapat atau pemintaan mereka di penuhi.Pengaruh ibubapa ,nenek dan datuk menyumbang kepada kekerapan Tantrum kanak-kanak ini.

Tantrum dikalangan kanak-kanak akan lebih cenderung berlaku bila ibu bapa ,nenek dan datuk selalu memberi ataupun,mengikuti apa saja kemahuan kanak-kanak ini.

Adakala ibu bapa mengambil mudah dengan menuruti permintaan anak-anak kerana sifat malas melayan kerenah kanak-kanak ini. hentikan tabiat ini

Ini akan menyebabkan anak merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara lazim dan efektif untuk menyampaikan serta mendapatkan kemahuannya.

Kanak-kanak ini tidak akan sedar bahawasanya memberontak itu adalah sesuatu yang salah ,malah akan menjadi kebiasaan melakukan dimana-mana dan bila-bila masa bila mereka perlukan sesuatu.

Malah menuruti kemahuan anak semasa tantrum akan menggalakkan berlakunya berulang kali dan akan menjadikan sebahagian keperibadian kanak-kanak tersebut.

Dalam keadaan begini anak tidak akan mendengar apa yang di nasihatkan oleh ibubapa.Jadi sebagai ibubapa haruslah bertenang dan kekal bertenang serta berfikiran rasional.Tak usah marah ,memaki ataupun menggunakan kekerasan fizikal kerana ini akan menjadi contoh kepada kanak-kanak tersebut.

PERKARA TERBAIK UNTUK MENGATASI TANTRUM KANAK-KANAK INI.

Pastikan kanak-kanak ini berada di kawasan yang selamat ,tiada objek berbahaya sebelum melakukan ibubapa mengambil langkah tidak mengendahkannya sesama terjadinya tantrum ini.

Jangan beri perhatian ,jangan pandang ,jangan pujuk ,jangan bercakap ,boleh membantu menberikan mesej yang perbuatanya tidak akan dilayan.

Tinggalkan anak atau kanak-kanak di kawasan/bilik di mana dia sedang tantrum
.Pastikan kawasan yang ditinggalkan selamat. terus lakukan akviti yang anda sedang lakukan. dan intai-intai tanpa pengetahuan kanak-kanak tersebut bagi menjamin keselamatan kanak-kanak tersebut.

Jika berada di tempat awam ,bertindak dengan bijak ,bawak anak tersebut ke lorong belakang ,kedai-kedai atau ke kereta dan biarkan mereka sambil di perhatikan dari jarak yang selamat.

Selalunya kanak-kanak ini akan berhenti dan tersedar dalam masa 10-15 minit kerana kepenatan.

Perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa dijika perkara ini berlaku , abaikan cakap orang sekeliling yang akan mengkritik,mengecam perbuatan mengabaikan perilaku anak-anak ini .Tapi ketahuilah apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan anak-anak ini dimasa hadapan.

LANGKAH SETELAH ANAK BERTENANG

Ketika emosinya stabil dan bertenang serta waras bolehlah ,ibubapa menunjukkan simpati ,kasih sayang ,peluk dan yakinkan bahawasanya apa yang dilakukan itu salah.Berilah penerangan secara terperinci kenapa ,mengapa ,bagaimana serta ajar cara yang betul dan baik yang sepatutnya.

Tantrum adalah peranan dari kedua-dua pihak Anak dan ibubapa serta ahli keluarga .
.
dapatkan nasihat pakar jika mengalami masih ini ataupun kesihatan
https://hellodoktor.my/

#hellodoktormy










Rate this Article

Be the first to rate this article!

How would you rate this article?

Related Articles

Iceland Waterfall
admin
3 min read
7
4 years ago

Iceland Waterfall

Skogafoss is most often known as one of the most beautiful waterfalls in Iceland and that's because it has all the ingredients of natural dream...

Read More
WEAR A MASK IN PUBLIC
admin
3 min read
5
5 years ago

WEAR A MASK IN PUBLIC

CORONAVIRUS MIGHT SPREAD MUCH FARTHER THAN 6 FEET IN THE AIR according to a recent study, air contaminated with the coronavirus (COVID-19) might...

Read More
3 ply/surginal TOPENG MUKA ,FACE MASK PILIHAN
admin
2 min read
5
5 years ago

3 ply/surginal TOPENG MUKA ,FACE MASK PILIHAN

Pemilihan topeng muka atau face mask perlulah di ambil berat sebelum membuat pembelian ataupun tempahan.Tujuan pemakaian face mask ini bagi...

Read More